Kisah benar anak 'tekan' ubat dek tekanan ibu bapa dijadikan filem pelajar Poly Temasek
Jun 02, 2016 | 05:30 AM
IBU bapa yang meletak harapan keterlaluan terhadap pelajaran anak-anak harus sedar bahawa ia boleh memberi tekanan dan mengakibatkan anak itu menyalahgunakan ubat.
Berpandukan kisah sebenar seorang wanita yang kian pulih daripada ketagihan dan penyalahgunaan ubat tidur, pelajar Diploma dalam Filem dan Televisyen Digital, Politeknik Temasek, Muhammad Bahajjaj, mahu mengongsi dan menimbulkan kesedaran tentang mereka yang menderita ketagihan dan kemurungan.