KEMBALI dengan bahagian kedua kisah perjalanan hidupnya yang ditafsirkan menerusi teater, pereka tari terkemuka Singapura, Encik Osman Hamid, akan mempersembah Wujud - Bangkit Dari Debu pula pertengahan bulan depan.
Siri pertamanya, Wujud - Badai Berdamai, menerima pujian penonton yang terkesan dengan perjala- nan hidup beliau yang penuh ranjau dalam memperjuang seni.