Komando, pemandu peribadi 'Sama Sama' bangun S'pura

Sanif Olek hasilkan filem yang menyorot identiti sebagai tentera dan warga keturunan Bawean

Peraduan filem ringkas, Anugerah Pembikin Filem ciNE65, anjuran Nexus, Kementerian Pertahanan (Mindef), kembali lagi sebagai wadah menggalak sutradara muda berkongsi pengertian Singapura buat mereka. Berbekalkan tema 'Singapura' sejajar dengan memperingati Bicentennial Singapura (ulang tahun ke-200 Singapura moden) tahun ini, ciNE65 mengalu-alukan penyertaan anak muda agar mengimbas semula kisah generasi silam - bagaimana mereka mencorak warisan buat generasi mendatang. Apakah yang diharapkan dua pengadil peraduan ini? Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.

SEBAGAI anak Melayu yang terpilih menyertai Unit Komando dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sewaktu Perkhidmatan Negara (NS) hampir tiga dekad lalu, sutradara setempat Encik Sanif Olek begitu terharu dan teruja.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto