Komposer Adnan Abu Hassan meninggal dunia, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Gaya Hidup0

Komposer Adnan Abu Hassan meninggal dunia

Mar 18, 2016 | 04:13 PM

KAJANG: Jenazah komposer Datuk Adnan Abu Hassan yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal di sini sekitar 9.50 pagi tadi.

Allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Falah di sini pada 6 pagi selepas dimandikan dan dikafankan di Hospital Selayang dekat sini, lapor mStar Online.

Antara artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah adalah Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Misha Omar, Hasnol dan Nora.

Terdahulu, Allahyarham Adnan, 57 tahun, meninggal dunia sekitar 2.15 pagi akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah buah pinggang dan serangan angin ahmar.

Discover Malay Home Based Businesses

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map