Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Stail baru Harry Styles tetap memukau

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KONSERT MUZIK

Stail baru Harry Styles tetap memukau

Dec 02, 2017 | 05:30 AM



SEMASA membuat persembahan di Singapura dua tahun lalu, Harry Styles mengenakan rambut panjang dan muncul bersama empat anggota kumpulan One Direction yang lain - Liam Payne, Niall Horan, Louis Tomlinson dan seorang lagi anggota yang telah berpisah daripada kumpulan itu, Zayn Malik.



Banyak perubahan telah berlaku sepanjang dua tahun lalu, dengan Styles yang antara lain, telah mengeluarkan album solo pertamanya serta memainkan watak dalam filem Dunkirk arahan Christopher Nolan.



Apabila beliau kembali ke kota Singa ini untuk membuat persembahan di Teater The Star di Pusat Seni Pementasan The Star baru-baru ini, imej boyband penyanyi berusia 23 tahun itu sudah digantikan dengan imej rockstar pula.



Namun, tidak kiralah apa pun imej yang ditampilkan, peminatnya yang mengisi penuh Teater The Star yang boleh menampung sehingga 5,000 penonton, membuktikan bahawa Styles tetap menjadi pujaan hati mereka.



Sikap penyanyi asal Britain itu yang cukup menawan, memukau bukan sahaja penonton di konsertnya, bahkan wartawan dari rantau ini yang menghadiri sidang media selama setengah jam bersamanya sebelum konsert itu bermula, dan turut terhibur dengan sikapnya yang cukup ramah.



Soalan yang ditanyakan kepadanya oleh pengacara dan deejay radio Gerald Koh di sidang media itu telah dipilih daripada beberapa soalan yang dikemukakan media sebelum acara itu.



SEMPAT MAKAN TOSE



Ditanya bagaimana pengalamannya kembali ke Singapura dan makanan setempat yang sudah dijamunya, Styles berkata beliau sempat menikmati tose masala.



Styles turut membuat beberapa wartawan yang hadir tertawa apabila ditanya bagaimana beliau memilih pakaiannya setiap hari.



"Bukan sesuatu (pakaian) yang 'gila' (setiap hari). Tapi untuk persembahan, saya pilih sesuatu yang menyeronokkan dan bagaimana saya mahu persembahan itu ditampilkan," ujarnya, yang hadir di sidang media itu dengan pakaian serba hitam - daripada kemeja-T hingga kepada kasutnya.



Namun, apabila pengacara berseloroh dan bertanya sama ada beliau lebih suka berbaju atau tidak, Styles berkata beliau "sentiasa memilih berbaju".



Ditanya tiga detik terbaik baginya sepanjang tahun ini, Styles berkata proses menyiapkan albumnya itu antara detik paling penting.



"Saya suka membuat persembahan, menulis (lagu) dan berada di studio. Kali ini, saya dapat menyiapkan album saya di studio dengan satu pasukan baru, jadi ia antara pengalaman terbaik dalam hidup saya," katanya.



Selain itu, pengalaman menyanyi dengan Stevie Nicks daripada kumpulan Fleetwood Mac di kelab malam The Troubadour di West Hollywood, California, juga meninggalkan kesan mendalam baginya.



"Saya mendengar lagu-lagunya semasa membesar dan pengalaman paling menarik ialah semasa kami melakukan soundcheck. Hanya saya dan dia, rasanya istimewa sekali," ujarnya sambil menambah, konsert jelajah yang diadakannya juga meninggalkan kesan baginya tahun ini.



BERLAKON FILEM PERANG



Styles, yang cukup berbakat, turut cuba berlakon dan tampil dalam filem berunsur perang, Dunkirk, awal tahun ini.



Beliau memegang watak seorang askar bernama Alex.



"Filem ini membolehkan saya mengetepikan muzik buat seketika. Saya tidak memikirkan tentangnya (muzik) selama lima hingga enam bulan, dan saya tidak pernah berpeluang 'berehat' seperti itu," kata Styles.



Sementara beliau berjaya mengisi Teater The Star penuh dengan 5,000 penonton kali ini, beliau dijangka membuat persembahan di hadapan 10,000 penonton apabila kembali ke Singapura untuk membuat persembahan di Stadium Tertutup Singapura pada Mei tahun depan.



Kali terakhir beliau membuat persembahan di sini bersama One Direction pada 2015, 30,000 peminat menghadirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >