Konsert Rusty Blade 'gegarkan' WGS

WISMA Geylang Serai (WGS) 'bergegar' dengan irama rok tadi.

Lebih 6,000 peminat rok membanjiri WGS bagi menonton kumpulan rok legenda setempat, Rusty Blade.

Yantzen (vokalis utama), Khalid Mobin (gitaris), Azizan atau Zan Drummer (pemain dram), Mann Karen (pemain bes) dan Noor Hendrix (gitaris), menghiburkan peminat yang telah lama menantikan kemunculan mereka setelah hampir 25 tahun tidak mengadakan konsert.

Ibarat satu Penantian, persis tajuk lagu popular mereka, mereka beraksi dalam konsert ulang tahun ke-40 Rusty Blade.

Rusty Blade adalah antara kumpulan rok yang segar di ingatan pencinta muzik rok hingga ke hari ini.

Ia adalah antara kumpulan rok legenda terunggul malah pernah mencatat jualan album sebanyak 100,000 unit.

Konsert itu merupakan kemuncak acara pesta muzik rok, RockFest 2018 yang dianjurkan oleh WGS dengan kerjasama Orange Events Pte Ltd.

Ia diadakan secara percuma sebagai wadah menyatukan bakat rok tempatan dan menyajikan hiburan bermutu buat pengunjung WGS dan pencinta rok lain.

RockFest 2018 turut menampilkan bakat rok setempat seperti Diorama, Malex, Raven, Iman's League, Stereohype, Antologi, Mypart, Shafyre dan UR'S sepanjang tiga hari pesta itu berlangsung.

Pertandingan Wisma KaRock yang disertai lebih 40 peserta juga berlangsung dalam usaha mencungkil bakat rok baru.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.