Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Konsert Sanisah Huri di The Capitol Theatre

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Konsert Sanisah Huri di The Capitol Theatre

Jan 07, 2019 | 08:37 PM



SUARA lemak merdu Sanisah Huri pastinya dirindui peminatnya di Singapura dan Malaysia.



Pada usia senja yang baru sahaja mencecah 67 tahun hari ini, pelantun lagu Tuah dan Tijah, Si Baju Hijau, Tari Tualang Tiga dan Siapa Gerangan itu, masih mengekalkan vokal bak buluh perindu itu.



Maka sebagai meraikan ulang tahun ke-50 beliau dalam persada seni hiburan, Sanisah akan mengadakan konsert Sanisah Huri Live In Concert di ruang seni The Capitol Theatre mulai 8 malam, 19 April ini.



Konsert yang turut menampilkan penyanyi irama tradisional dari Malaysia, Andre Goh serta bakat muda, Sufi Rashid dan Mai Dhaniyah, dibawakan oleh Taps Events & Entertainment dan disokong serta diterbitkan Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus).



Ini didedahkan di sesi sidang akhbar di Restoran Mamanda hari ini. Sesi yang dihadiri ramai artis seangkatan Sanisah seperti Rahimah Rahim, Mahani Mohamad, Kamaliah Latiff, Junainah M. Amin, Roslan Yus dan Maria Bachok sekali gus meraikan hari lahir Sanisah semalam. Turut hadir ialah penggubah lagu tidak asing lagi, S. Atan.



Kata Sanisah:



"Saya merasakan peluang keemasan menyanyi secara solo di The Capitol Theatre ini sebagai satu cara saya mendekati ramai peminat saya yang masih sudi mendengar lagu-lagu malar segar yang telah saya rakam.



"Tak sangka pada usia sebegini impian yang sekian lama terbetik di hati tetapi tidak mampu dijadikan kenyataan kerana banyak tanda tanya bermain di fikiran dan belum ada tawaran mana-mana pihak menjadi nyata. Dibuat pula di The Capitol Theatre yang dikenali sebagai mercu tanda 'orang lama'."



Keistimewaan konsert kali ini adalah ia akan disampaikan dalam satu penceritaan mengenai perjalanan seni biduanita ini.



Lebih 25 lagu akan disajikan pada malam tersebut. Tiket antara $68 dengan $188 (bertemu Sanisah) akan mula dijual di laman, kaunter dan talian Sistic minggu depan. Maklumat terkini mengenai konsert dan penjualan tiket akan disertakan di laman Facebook Sanisah Huri FanPage.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >