'KRU 25' konsert terakhir di S'pura?
Konsert Pesta Raya pembuka tirai sambutan ulang tahun ke-25 KRU ditubuhkan
Jun 26, 2016 | 05:30 AM
USAH lepaskan peluang menghadiri konsert ulang tahun ke-25 tiga beradik fenomena KRU di Esplanade Ogos ini kerana ia mungkin yang terakhir dapat disajikan di Kota Singa.
Begitulah pesanan utama dan pertama yang lahir daripada pemimpin KRU, Datuk Norman Abdul Halim, 44 tahun, ketika dihubungi Gah! menerusi panggilan jauh ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.