Kuah tumpah ke nasi... 'Zalelo' ikut jejak ibu ayah
Darah seni anak Aman Shah dan anggota The Queens Farah Diba terus berkembang
Jan 12, 2020 | 05:30 AM
JIWA muda penggubah lagu dan penyanyi Singapura, Afrah Athasha Aman Shah bagaikan bertarung ingin kebebasan berkarya.
Beliau juga impikan hari di mana cita-cita dan cintanya menceburi bidang seni akan direstui ibu bapanya yang awalnya berat hati mengizinkannya melalui roda-roda dunia hiburan.