Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kumpulan K-pop BTS cipta sejarah buat persembahan di Saudi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kumpulan K-pop BTS cipta sejarah buat persembahan di Saudi

Oct 17, 2019 | 05:30 AM



JEDDAH: Kumpulan pop tersohor dunia, BTS, melakar satu lagi sejarah baru dalam kerjaya seni mereka apabila berjaya mengadakan konsert di Arab Saudi Jumaat lalu.



Di hadapan 30,000 peminat fanatik di Stadium Antarabangsa King Fahd di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, konsert BTS melengkapkan impian dan hasrat peminat mereka.



BTS, dalam masa yang sama, tidak ketinggalan dikecam dan dikritik kerana bersetuju mengadakan persembahan di negara yang didakwa dikaitkan sebagai menyalahgunakan hak asasi manusia.



Dalam masa yang sama, mereka turut dipuji.



Peminat K-pop BTS memuji kumpulan itu apabila mereka memberhentikan raptai persembahan di sebuah stadium baru-baru ini bagi menghormati azan yang sedang berkumandang.



Kumpulan BTS yang membuat persembahan julung-julung kalinya di tanah Arab itu sepatutnya membuat latihan di Stadium Antarabangsa King Fadh.



Berikutan itu, ramai peminat telah menunggu di sekitar perkarangan stadium untuk mendengar sesi latihan mereka.



Bagaimanapun, peminat kumpulan itu terkejut apabila stadium itu sepi tanpa sebarang muzik.



Mereka kemudiannya dimaklumkan bahawa BTS menghentikan seketika latihan konsert itu sebaik mendengar azan dilaungkan dari luar stadium berkenaan.



Undangan mengadakan konsert ini diperoleh BTS daripada Tengku Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman.



Dalam usaha menarik kedatangan pelancong selain mengembangkan ekonomi negara, kerajaan Arab Saudi semakin terbuka dalam pelbagai hubungan termasuk dalam platform hiburan.



Menjelang konsert 'Love yourself: speak yourself' di Riyadh, beberapa bangunan pencakar langit di bandar raya itu bertukar warna ungu sebagai tanda meraikan kehadiran mereka.



Ungu merupakan warna yang sinonim dengan kumpulan BTS yang dianggotai oleh tujuh anak muda berjiwa besar.



Pada konsert "Love yourself: speak yourself", kumpulan yang terkenal dengan aksi lincah di pentas selain ketampanan wajah setiap anggota mencetus fenomena ketika beraksi di stadium berkenaan.



Kemeriahan konsert berkenaan turut dikongsi netizen di laman media sosial.



Konsert berkenaan juga disiarkan secara penstriman langsung khusus buat tatapan peminat-peminat BTS di seluruh dunia yang tidak berkesempatan bersama-sama di King Fahd International Stadium.



Berdasarkan rancangan Tengku Mahkota Mohammed Bin Salman, beliau mahu melakukan perubahan pada Arab Saudi termasuk dalam aspek sosial dan ekonomi seiring dengan Wawasan 2030 untuk memodenkan Arab Saudi.



Selama ini, Arab Saudi terlalu bergantung pada sumber minyak, namun dalam konteks persekitaran, kebergantungan sedemikian tidak boleh lagi diguna pakai.



Justeru, dalam usaha memenuhi kehendak perubahan ekonomi selain mengalu-alukan pelaburan dari luar, pemerintah Arab Saudi berusaha untuk membuktikan kepada dunia mengenai keterbukaan mereka dalam menerima usaha sama dagangan.



Kerajaan negara itu juga sedang merancangkan untuk membangunkan sebuah lokasi sebagai pusat hiburan memandangkan selama ini, ramai rakyat Arab Saudi berkunjung ke luar negara semata-mata untuk menonton filem dan konsert.



Enggan wang dibelanjakan di luar negara, kerajaan Arab Saudi kini membenarkan pawagam beroperasi di pusat beli-belah selain mengundang artis-artis popular dunia untuk mengadakan persembahan di negara itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >