Kumpulan Masin mahu beri pengalaman manis kepada peminat
Tiga pelawak dari Singapura, Malaysia dan Indonesia gabung tenaga cuit hati penduduk Nusantara
Jul 08, 2019 | 05:30 AM
MEREKA berkongsi kecenderungan serupa dalam mencuit hati penonton dengan gurau senda yang selamba lagi bersahaja.
Tiga pelawak dari Malaysia, Singapura dan Indonesia lantas tidak berfikir dua kali bagi membangun kumpulan yang dipanggil 'Masin' sebagai singkatan pada gabungan negara masing-masing.