Menjayakan dua acara Minggu Seni Singapura (SAW) menjadi amanah besar buat dua anak Melayu - seorang kurator dan seorang lagi penggiat teater. Di ambang berlangsungnya pelbagai acara seni di bawah jenama SAW antara 17 dengan 28 Januari ini, Gah! membawa anda meninjau persiapan yang menuntut pembahagian masa yang baik. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
TENAGA muda kurator berbakat, Tengku Kamiliah Tengku Bahdar, dijana secara berterusan bagi memudahkannya menggerakkan dua kegiatan sempena Minggu Seni Singapura (SAW) 2018.