RAMAI peminat penyanyi jelita, Wany Hasrita, yang menanti-nantikan dirinya berduet bersama legenda Datuk Jamal Abdillah.
Namun, apabila lagu Belenggu Rindu diterbitkan, timbul pula keluh-kesah beberapa warganet yang menyifatkan lagu itu hanya kitar semula daripada lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anta Permana.