Lagu 'Boy With Luv' BTS catat 500 juta tontonan di YouTube
Aug 20, 2019 | 05:30 AM
SEOUL: DALAM tempoh empat bulan sahaja, lagu fenomena kumpulan popular dari Korea Selatan, BTS Boy With Luv bersama penyanyi antarabangsa, Halsey, kini sudah meraih 500 juta tontonan di saluran YouTube.
Boy With Luv yang menjadi lagu utama bagi album Map of The Soul: Persona itu dilancarkan pada 11 April lalu dan genap pada 11 Ogos, jumlah tontonan bagi muzik video lagu berkenaan mencecah 500 juta tontonan.