Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lan kini 'Budak Lama Baru Nak Up'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lan kini 'Budak Lama Baru Nak Up'

Jul 15, 2018 | 05:30 AM



DI tengah kesibukan ramai menyebut tentang penyanyi muda yang membanjiri pasaran muzik Malaysia dan digelar 'Budak Baru Nak Up' (BBNU), penyanyi rok Lan Solo pun ada gelaran buat dirinya.



"Saya tahu saya bukan BBNU. Saya BLBNU atau 'Budak Lama Baru Nak Up' semula selepas dapat tempat ketiga dalam Gegar Vaganza 4! Jadi, berilah kita peluang juga, ya?" ujarnya, yang nama sebenar ialah Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33 tahun, kepada Gah! dalam pertemuan di Hotel Village Katong baru-baru ini.



Lan, mantan penyanyi kumpulan rok remaja Kristal, berada di Singapura bagi acara perjumpaan Raya Sinar Lebaran 2018.



MakMok Productions menganjurkan acara itu dengan sokongan An Nur Travel.



Lan tidak dapat menafikan ada tempoh beliau kecewa, dengan pelbagai tanda tanya bermain di minda tentang kerjaya nyanyian.



"Memanglah Kristal sempat menikmati era di mana ia dikenali sebagai band remaja dan anak didik Awie yang mencipta nama dalam dunia seni.



"Bagi Lan sendiri, memang wujud tempoh keresahan dan kerisauan apabila nama terbenam dan kurang dikenali seperti dulu.



"Bingung nak buat apa lagi? Tapi tak bolehlah menyerah kalah seperti itu. Masih ada juga peminat dari zaman Kristal yang memberi dorongan.



"Mujur ada kesempatan memasuki Gegar Vaganza 4. Kami terus belajar memperbaiki mutu nyanyian dan seni persembahan," katanya.



Dengan imej rambut pendek yang lebih kemas, Lan mahu bina fasa kerjaya baru di samping memajukan butik baju kurungnya.



Beliau juga enggan memikirkan lagi tentang peristiwa pahit dirinya tiba-tiba dikeluarkan daripada kumpulan Kristal sewaktu gigih bertanding bagi Gegar Vaganza 4.



Kontroversi itu dikatakan berlaku apabila gitaris Kristal, Rody, melahirkan hasrat ingin mencari penyanyi baru bagi kumpulannya.



Lan menghasilkan single Berpisah Tanpa Rela sekitar April lalu sebagai gambaran keadaannya dengan Kristal.



Beliau akur pasaran muzik masa kini lebih dikuasai BBNU dengan penyanyi generasi terdulu sepertinya perlu terus berjuang mencari tukikan mereka sendiri.



"Namun, bagaimana jerih payah saya dalam bidang nyanyian, saya tetap hargai sokongan peminat dari zaman Kristal. Mereka masih terus memberi dorongan buat saya.



"Lebih-lebih lagi apabila anak bongsu saya dilahirkan dengan bibir sumbing, kata-kata peminat inilah yang beri saya kekuatan.



"Mereka minta saya dan isteri bersabar dan usahakan rawatan sebaiknya buat puteri kami, Nur Amna Quxandra. Ingatan dan doa mereka amat saya dan isteri hargai.



"Lebih-lebih lagi, sekarang ini, zaman media sosial di mana maklum balas spontan orang senang dikirimkan," katanya lagi.



Mengenai generasi BBNU pula, Lan berharap mereka akan terus kuat semangat dan yakin akan rezeki serta kebolehan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >