Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

LANA NODIN kongsi detik cemas anak diserang masalah jantung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS NUSANTARA

LANA NODIN kongsi detik cemas anak diserang masalah jantung

Jul 18, 2019 | 05:30 AM



BELIAU hampir kehilangan bayi lelaki yang baru dua bulan dilahirkannya sewaktu dalam persediaan bagi prosedur mengatasi masalah injap jantung sempit (aortic stenosis).



Selama 15 minit, mengikut laporan doktor, jantung anaknya berhenti. Namun, beliau percaya, doanya sewaktu detik cemas itu berlaku, telah dimakbulkan dan anaknya berjaya diselamatkan.



Mengimbas kembali detik itu, pelakon Lana Nodin, dari Malaysia, mengatakan beliau sedang melakukan solatnya ketika prosedur untuk anaknya sedang dijalankan tanpa mengetahui detik cemas yang sedang berlaku.



"Masa saya tengah solat, saya betul-betul doa. Ya Allah bagilah aku izin jaga anak aku," kongsi ibu berusia 40 tahun ini.



Mengimbau kembali, beliau berpendapat sewaktu beliau berdoa itu adalah sama masanya ketika jantung anaknya berhenti.



Setelah selesai beliau solat, suaminya, David Wiliam McKienzie, 40 tahun, menelefonnya dan menyuruhnya untuk terus ke aras di mana prosedur itu sedang berlangsung.



Beliau seperti ingin rebah apabila diberitahu jantung anaknya berhenti selama 15 minit tetapi mujur berjaya diselamatkan.



"Kita takut kerosakan otak. Bila jantung berhenti, oksigen tak naik ke otak kan? Doktor kata mereka berjaya pam oksigen ke otaknya ketika jantung dia berhenti," tambahnya dengan penuh syukur.



Anak kedua pasangan ini, William Daud McKiezie, atau panggilan manjanya Billy, yang dinamakan sempena nama ayah suaminya yang telah meninggal dunia pada umurnya 14 tahun, dilahirkan dengan 'aortic stenosis' yang selalunya menurut Lana dihidapi oleh orang dewasa akibat pemakanan kurang sihat yang menyebabkan kolesterol tinggi dan tersumbatnya injap.



Masa kali pertama mendapat tahu, beliau begitu sedih dan cuba mendapatkan pendapat pakar lain.



" Macam tak percaya. Taknak terima kenyataan," tambahnya ketika ditemui di Ekspo Makanan Halal anjuran MegaXpress International Pte Ltd baru-baru ini.



Dan sebab itulah prosedur dilambatkan dari umur anaknya dua minggu hingga ke dua bulan.



Beliau mendapatkan pendapat empat pakar lain, dan turut menghantar laporan perubatan anaknya ke pak cik suaminya di New York yang merupakan doktor kanak-kanak dan kemudian diberikan nasihat yang sama.



Barulah, pasangan itu membuat keputusan yang genting untuk membiarkan Billy menjalani prosedur tersebut - walau prosedurnya mudah tetapi berisiko tinggi kerana melibatkan bayi yang kecil.



Ia dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.



Setelah berjaya distabilkan selepas jantungnya kembali berdegup, Billy, menjalani percubaan kedua prosedur itu dua hari selepas itu dan ia berjaya.



"Billy sekarang alhamdulillah. Semakin sihat dan aktif," kongsi Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, ketika dihubungi melalui Whatsapp untuk perkembangan terkini anaknya yang kini berusia tujuh bulan.



Sewaktu 10 hari di IJN, beliau turut berkumpul dan berkongsi cerita dan keadaan anak sesama ibu-ibu pesakit lain.



Beliau dapati ramai lagi anak kecil yang turut punyai masalah jantung berbeza.



Dengan itu, pada hari Raya lalu, beliau telah menjual baju kurung untuk budak kecil, dan menderma sebahagian hasilnya ke Yayasan IJN.



Penjualannya menggalakkan terutama di Brunei.



Lana dan David turut mempunyai seorang anak perempuan, Gia Quinn Mckienzie, 3 tahun, hasil perkahwinan mereka sejak 2015.



Lana, yang sebelum ini berehat dari berlakon, kini bersedia menerima tawaran semula.



Beliau pernah dikenali dari siri drama Gol & Gincu.



  • Nenie Kairuman ialah penulis sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >