SERAMAI 121 juta orang Muslim melancong di serata dunia tahun lalu dan membelanjakan sekitar AS$156 bilion ($212 bilion) dalam kegiatan pelancongan.
Laporan berjudul Satu Visi Strategik bagi Pelancongan Turkey: Pelancongan Halal, yang dihasilkan Persatuan Industri dan Peniaga Berdikari Cawangan Antalya, Turkey, memberikan gambaran situasi pelancongan Muslim di serata dunia sambil menilai sektor itu di Turkey pada masa ini.