Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Laungan wanita dalam perfileman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PESTA FILEM ANTARABANGSA SINGAPURA (SGIFF) 2017

Laungan wanita dalam perfileman

Oct 29, 2017 | 05:30 AM



SUARA wanita 'lantang' berbicara dalam Pesta Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF) tahun ini, dengan adanya barisan filem arahan wanita mahupun memaparkan watak wanita utama.



Filem Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak karya pengarah Indonesia Mouly Surya contohnya memaparkan kisah janda muda yang mempertahan diri daripada penjahat dengan membunuh mereka.



Wanita Sumba itu kemudian menunggang kuda dengan kepala penjahat yang dipenggal di kakinya dalam perjalanan mencari keadilan.



Pengarah Eksekutif SGIFF, Cik Wahyuni A. Hadi, dalam sidang media awal minggu ini, berkata pesta kali ini mempunyai "banyak suara wanita yang kuat".



Ini kali ke-28 SGIFF diadakan dan akan berlangsung dari 23 November hingga 3 Disember.



Pesta tahun ini dibuka dengan tayangan Angels Wear White arahan Vivian Qu pada 8 malam di Marina Bay Sands.



Filem bahasa Mandarin itu mengisahkan tiga perempuan yang, menyusuli satu jenayah, mendapati diri mereka terperangkap dalam lingkaran penipuan dan tindakan mencurigakan dikendalikan birokrasi yang dikuasai lelaki.



Filem Oh Lucy! arahan Atsuko Hirayanagi pula mengisahkan wanita Jepun, Setsuko. Beliau kesunyian, namun kemudian jatuh hati kepada guru bahasa Inggerisnya.



Selepas mendapat tahu gurunya pergi ke Amerika Syarikat, Setsuko berusaha mencari lelaki itu, yang wataknya dimainkan Josh Hartnett, pelakon Black Hawk Down.



SGIFF tahun ini bakal menampilkan 112 filem dari 42 negara merentasi pelbagai genre. Sebanyak 18 tayangan perdana dunia dan enam tayangan perdana Asia akan berlangsung.



Pesta itu sebahagian daripada Pesta Media Singapura yang dihoskan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Bertema The Future Is, SGIFF mengiktiraf bukan sahaja veteran dalam dunia perfileman, bahkan bakat hari muka.



Tahun ini, mereka akan memperkenal Rangkaian Penerbit Asia Tenggara, yang menghimpunkan 11 penerbit rantau ini, termasuk wakil rangkaian kabel HBO Asia dan Astro Shaw. Mereka dijangka melakar kerjasama berkaitan pembikinan filem di rantau ini pada masa depan.



Sumbangan Indonesia kepada perfileman Asia akan diiktiraf dalam SGIFF menerusi pelancaran siri Fokus bertajuk Histories of Tomorrow: Indonesian Cinema After the New Order (Sejarah Hari Esok: Pawagam Indonesia selepas Perintah Baru).



Pengarah Indonesia tersohor, Garin Nugroho, akan diiktiraf dengan Anugerah Kehormat SGIFF atas sumbangannya kepada industri filem.



Nugroho, yang disanjung sebagai antara pembikin filem Asia Tenggara penting zaman ini, menyampaikan rasa cinta terhadap negara dan rakyat Indonesia serta budaya Jawa menerusi lensa kameranya.



Filem hitam putih terbarunya Setan Jawa ialah filem bisu yang menyatukan persembahan gamelan Jawa tradisional dengan orkestra moden dalam luahannya tentang kerumitan Indonesia.



Anugerah Legenda Sinema tahun ini pula diberikan kepada pelakon terbilang Jepun, Koji Yakusho, yang terkenal dengan paparan sensitif lelaki biasa yang amat berkesan. Yakusho juga membuat kemunculan istimewa dalam Oh Lucy!.



Nugroho akan mengadakan sesi 'masterclass' di Muzium Negara Singapura pada 3 Disember dan Yakusho pula di Muzium ArtScience pada 2 Disember.



Tiket bagi menyaksikan filem SGIFF boleh didapatkan dari Sistic.



Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan melayari laman www.sgiff.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >