Lebih 40,000 sudah periksa mata, telinga dan mulut
May 17, 2019 | 05:30 AM
LEBIH 40,000 warga emas telah menjalani pemeriksaan mata, telinga dan mulut sehingga Disember 2018, sejak Projek Pemeriksaan Warga Emas (PSS) dimulakan tahun lalu.
Ini dinyatakan Ketua Eksekutif Temasek Foundation Cares, Cik Woon Saet Nyoon, dalam e-melnya kepada Berita Harian baru-baru ini.