SEJAK satu Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Bangladesh dengan SingHealth dimeterai pada April 2017, lebih daripada 70 doktor, jururawat dan pakar terapi dari serata Bangladesh telah dilatih pakar kesihatan Singapura.
Di bawah MOU tiga tahun itu, para profesional daripada Hospital Besar Singapura (SGH) telah bekerja rapat dengan hospital di Bangladesh bagi meningkatkan kemampuan mereka dalam rawatan berkaitan kelecuran dan menghasilkan sistem serta proses dalam pengurusan kelecuran - demi meningkatkan penakatan mangsa kelecuran.