LEBIH 800 penari dan pemuzik serantau akan berkumpul di Esplanade Teater Di Pesisiran pada hujung minggu ini bagi menjayakan Festival Muara - temasya tahunan terbesar bagi penggiat seni tradisional Melayu.
Berbeza daripada pesta seni lain, Festival Muara menjadi wadah interaksi kepada penggiat seni Melayu melalui proses pertukaran ilmu dan pengalaman di bawah bimbingan sifu seni dari negara yang mengambil bahagian.