Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lebih 90 gerai Fiesta Bazar Lambak menanti anda di WGS

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lebih 90 gerai Fiesta Bazar Lambak menanti anda di WGS

Acara yang bermula hujung minggu lalu diteruskan sehingga 2 Disember
Nov 27, 2018 | 05:30 AM



WISMA Geylang Serai (WGS) menganjurkan Fiesta Bazar Lambak 2018 yang berlangsung selama sembilan hari bermula hujung minggu lalu.



Mengetengahkan lebih 90 gerai, bazar tersebut dianjurkan bersama oleh WGS dan Adex Group dengan disokong Perkamus.



Ia berlangsung sehingga 2 Disember ini.



Selain gerai-gerai yang menjual bermacam-macam jenis barangan daripada pakaian, makanan hinggalah mainan kanak-kanak, beberapa aktiviti serta persembahan juga diadakan.



Artis tempatan dan Seberang Tambak seperti Sufi Rashid dan Amy Search turut menghiburkan mereka yang hadir.



Turut hadir di bazar tersebut Sabtu lalu ialah Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dalam ucapannya, Dr Maliki berkata:



"Sebagai hab sosial dan budaya pertama, WGS merupakan hab yang menghubungkan dan merapatkan masyarakat Melayu/Islam dengan bukan Melayu/Islam.



"Sebagai sebahagian dari inisiatif utama WGS menumpukan perhatian kepada mendekatkan semula masyarakat dengan elemen budaya, kami mengadakan bazar lambak ini di WGS.



"Kami mahu masyarakat mengalami dan menghargai aspek kebudayaan melalui produk-produk tradisional dan persembahan yang diadakan."



Menurut Dr Maliki lagi, bazar lambak tersebut merupakan wadah yang baik untuk membawa bersama usahawan muda Melayu bagi membolehkan mereka mengetengahkan produk serta kemahiran mereka.



Menghabiskan waktunya untuk berinteraksi bersama para pegerai serta orang ramai yang hadir, beliau juga sempat menyentuh tentang peluang perniagaan yang patut dimanfaatkan semasa Fiesta Bazar Lambak 2018.



Dr Maliki berkata dengan sewa gerai yang rendah di bazar tersebut - antara $1,000 hingga lebih sedikit dari $2,000, ramai yang boleh mencuba-cuba menjalankan perniagaan.



Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa acara pembukaan besar-besaran WGS akan diadakan dari 25 hingga 27 Januari 2019.



"Acara tiga hari itu akan melibatkan pelbagai rakan kongsi dan kolaborasi bagi memastikan terdapat pelbagai aktiviti, persembahan dan lain-lain lagi bagi masyarakat," ujar Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >