Tabah hadapi sakit
Ledakan tangis tiap kali bawa ke hospital
Ramadan sudah masuk hari ke-18. Sedang ramai ibu bapa membuat persiapan sempena Aidilfitri yang bakal tiba, ada yang terpaksa 'melupakan' persiapan tersebut seketika semata-mata ingin memberi tumpuan kepada anak yang berada di hospital. Apakah yang dilalui keluarga sedemikian Ramadan ini? BERITA MINGGU melaporkan.
Jul 05, 2015 | 05:30 AM
TITISAN air mata pasti mengiringi Aeisyah Nusaybah Mohamad Rahsid setiap kali perlu dibawa ke hospital.
Sebabnya, setiap kali ke hospital, kanak-kanak berusia empat tahun itu perlu menghabiskan masa sehingga seminggu atau lebih lama bagi rawatan penyakit yang dialaminya.