Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lega Pakej Generasi Merdeka bakal ringankan kos perubatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lega Pakej Generasi Merdeka bakal ringankan kos perubatan

Mar 07, 2019 | 05:30 AM



PERGERAKAN Encik Jamil Mohameed Said terjejas tatkala kali pertama diserang angin ahmar atau strok pada 2011.



Sejak itu, beliau, yang kini berusia 67 tahun, tidak dapat meneruskan pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan.



Akibatnya, simpanan wangnya terjejas menyusuli strok yang dialaminya.



"Saya memang sudah lama tidak bekerja akibat serangan angin ahmar ini.



"Tahu-tahu sahaja, selepas menjalani banyak rawatan bagi penyakit saya ini, simpanan saya terjejas teruk.



"Begitu juga dengan Medisave saya yang habis selepas digunakan buat rawatan," ceritanya.



Kini beliau banyak bergantung kepada MediFund bagi bayaran bil perubatannya.



Pada masa ini beliau hanya menerima bantuan bernilai $500 daripada CPF Life.



Justeru apabila pemerintah baru-baru ini mengumumkan tentang Pakej Generasi Merdeka, Encik Jamil berasa pakej itu akan dapat meringankan beban bil rawatannya.



Encik Jamil adalah antara 500,000 warga Singapura yang dilahirkan pada 1950-an dan akan menikmati faedah di bawah Pakej Generasi Merdeka dengan peruntukan sejumlah $6.1 bilion.



Pakej itu bagi mereka yang lahir antara 1 Januari 1950 dengan 31 Disember 1959.



Ia menawarkan manfaat seperti tokokan Medisave $200 setahun bagi lima tahun; tokokan $100 sekali bagi Kad PAssion Silver dan subsidi tambahan bagi jagaan pesakit luar sepanjang hayat mereka dalam bentuk subsidi Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) khas bagi penyakit biasa, kronik serta prosedur gigi; dan subsidi 25 peratus daripada bil di poliklinik dan klinik pakar pesakit luar sebagai tambahan kepada subsidi sedia ada.



Buat masa ini, Encik Jamil menjalani terapi pemulihan di Swami Home - hasil rujukan oleh pasukan Warga Senja Rangkaian Masyarakat Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).



Setiap Isnin hingga Sabtu, antara 8 pagi dengan 5 petang, Encik Jamil, yang tidak mempunyai anak, akan menghabiskan masa menjalani terapi, selain bergaul dengan rakan lain yang senasib dengannya serta diberi sarapan serta makan tengah hari secara percuma.



"Yang pasti kini saya akan cuba kuatkan diri untuk kembali berjalan sedaya mungkin, bagi memastikan tubuh saya lebih kuat dan tidak bergantung kepada isteri sahaja," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >