Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Lima panduan baiki memori

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lima panduan baiki memori

Jul 04, 2018 | 05:30 AM



APABILA usia kian menua, ramai di kalangan masyarakat setempat yang mula menghadapi masalah memori.



Berikut lima panduan yag dapat digunakan dalam membaiki memori seperti yang dilaporkan laman The Straits Times.



  • Tidur

Mereka yang tidur dengan cukup dapat mengukuhkan memori - terutamanya yang berkaitan dengan tempat dan masa.



Terdapat juga bukti kukuh yang menyatakan bahawa tidur dengan pergerakan mata pantas (REM) memainkan peranan penting dalam mengumpul memori berkaitan pembelajaran kemahiran bermotor, seperti bermain alat muzikal atau menunggang basikal.



Tidur dengan cukup selepas meraih kemahiran baru juga dapat membantu mengumpul proses yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.



  • Berehat

Tekanan boleh menjejas memori dalam banyak cara, bergantung kepada betapa serius tekanan itu.



Penghasilan adrenalin sebagai sebahagian daripada respons boleh membuat kita lebih prihatin tapi penghasilan kortisol yang perlahan boleh menjejas proses terbentuknya memori.



Yoga, meditasi atau teknik lain yang lebih relaks boleh membantu.



  • Pendidikan berterusan

Warga senja kerap diberitahu agar mengamalkan pendekatan yang dapat kekalkan fungsi kognitif. Malah, kajian menunjukkan bahawa sesetengah jenis kegiatan mental sahaja yang dapat bantu memori.



Satu kajian Amerika Syarikat pada 2013 menunjukkan bahawa para peserta berusia 60 dengan 90 tahun yang habiskan 15 jam seminggu bagi tempoh tiga bulan untuk belajar kemahiran yang kompleks seperti fotografi digital, menyaksikan kemajuan besar semasa menjalani ujian memori yang berulang.



Namun mereka yang melakukan kegiatan yang kurang mencabar seperti silang kata, tidak menunjukkan kesan sedemikian.



  • Percaya untuk ingat

Berfikiran secara positif seolah-olah dapat membaiki memori.



Para penyelidik di Universiti Harvard mendapati mereka dapat membaiki kemampuan memori mereka yang berusia 60 tahun ke atas dengan mempamerkan secara minima, perkataan-perkataan yang positif.



Memaparkan perkataan yang negatif boleh memberi kesan sebaliknya.



  • Kekal sosial

Mengamalkan gaya hidup sosial yang aktif dapat melengahkan kehilangan memori sedang usia meningkat.



Para saintis di Amerika Syarikat telah bertanyakan mereka yang berusia 50an dengan 60an untuk menjalani ujian memori setiap tahun antara 1998 dengan 2004 dan mendapati bahawa kemampuan memori mereka berkaitan isu sosial hanya merosot separuh sahaja berbanding mereka yang kurang bersosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >