Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lima soalan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lima soalan

Dec 27, 2019 | 05:30 AM



ADA pepatah Inggeris yang menyatakan, ‘Kehidupan bermula pada usia 40 tahun’.



Penyanyi Ezad Lazim, yang nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, menyambut ulang tahunnya yang ke-40 bersama peminat di Singapura, baru-baru ini.



Dalam acara Demi Cin’ Cinta anjuran Boss Production, yang menampilkan dirinya bersama penyanyi Singapura, Sufi Rashid, kek telah dihadiahkan kepada Ezad dengan lagu hari lahir berkumandang.



Acara tersebut berlangsung di Fave On Orchard.



Berikut ditanya lima soalan buat Ezad yang masih mengekalkan suara emasnya persis pada zaman kegemilangannya bersama kumpulan Exists.



Setelah mencapai usia 40 tahun, apakah lagi yang ingin dicapai Ezad?



Kalau nak ikutkan, saya bersyukur apa yang dimiliki sejauh ini. Saya malah terharu masih diberi Allah suara yang semakin mantap, ditambah sokongan peminat.



Dalam kehidupan ini, kita hanya berdoa diberi kesihatan yang baik dan kekuatan meneruskan perjuangan menghiburkan orang ramai. Diam tak diam, sudah 24 tahun, saya menyanyi secara profesional.



Apakah perkembangan terkini dan perancangan 2020?



Rasanya rezeki saya kini lebih pada lagu duet bersama ramai penyanyi hebat.



Saya menyanyikan lagu Lima Aksara bersama Zamani. Kemudian ada lagu bersama Mamat, Tak Berakhir, yang merupakan lagu penyatuan semula anggota Exists.



Saya juga berpeluang menyanyi bersama bakat baru, Fieza Hanis, dalam lagu Jika Kau Bercinta Lagi.



Namun, yang terkini adalah lagu bersama Idayu, Gelora Rindu, yang menjadi lagu runut bunyi Ombak Rindu The Series. Ia satu kesegaran.



Buat 2020, belum ada perancangan khusus tetapi saya berharap dapat fikirkan rancangan berduet dengan penyanyi seperti Sufi Rashid.



Saya hargai kesungguhan dan kerja kerasnya. Beliau boleh pergi jauh. Nampak dari segi bisnes pun, beliau merancang strateginya yang memang ‘menjadi’. Saya sukakan semangat kental anak muda sepertinya.



Apakah perasaan Ezad apabila mendengar versi ‘Demi Cinta’ oleh juara Gegar Vaganza 6 (GV6), Hady Mirza?



Awalnya, saya tak dapat ‘tangkap’ apa yang Hady maksudkan tentang lagu ini begitu dekat dengan kisah peribadinya.



Apabila saya membaca tentang pahit getir kehidupannya, barulah saya faham mengapa Demi Cinta bermakna buatnya. Saya sukakan versi Hady.



Bagi saya sendiri, memang lagu ini menceritakan pengalaman saya kembali semula ke dalam persada seni setelah kesukaran silam. Alhamdulillah kerana penceritaannya yang dapat saya hayati, lagu ini mendapat tempat di hati ramai orang.



Apakah pula pandangan peribadi Ezad tentang penyatuan Exists?



Konsert Exists di Malaysia dan Singapura memang berjaya. Kami sebenarnya sudah lama ingin bersatu semula bagi mengubati kerinduan peminat. Setiap anggota korbankan masa. Kesannya amat besar dan menggalakkan apabila Ajai dan Shah Slam yang sibuk pun luangkan masa.



Apakah faktor jaya Exists sebagai renungan band anak muda masa kini?



Kalau ikutkan kekuatan Exists, kami bukan sahaja kuat kerana vokalis tetapi setiap anggota band kami. Kami juga mempunyai penggubah lagu yang hebat seperti Ajai dan Ujang. Apabila kami bergabung semula, memang hasilnya dapat dilihat walau kami memang tak jangkakan kejayaan luar biasa. Kalau ada rezeki, selepas Hari Raya tahun depan nanti, kami fikirkan sesuatu buat peminat yang terlepas menonton kami dalam konsert sebelum ini. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >