Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Limpahan rezeki Norshafiq Ridzwan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Limpahan rezeki Norshafiq Ridzwan

Jul 25, 2019 | 05:30 AM



BIAR lambat, asal selamat.



Walaupun mengambil masa menghasilkan 'single' selepas tamat peringkat akhir Anugerah 2017, penyanyi tempatan Norshafiq Ridzwan yakin impian memiliki lagu sendiri akan menjadi nyata tidak lama lagi.



Malah, sebagai seseorang yang menyifatkan dirinya sebagai lewat berkembang dan selalu diburu kebimbangan, bakat berusia 30 tahun itu mendambakan karya seni yang baik dan mampu dinikmati ramai.



Mujurlah dalam hidupnya kini ada pendorong atau tunang tersayang, Farhana M. Noor, 28 tahun, yang tidak putus memberi kata semangat.



Sebagai pelakon dan pengacara, Farhana memahami kehidupan sebagai anak seni yang ingin bertahan dalam persada hiburan di sini.



Pasangan itu baru sahaja mengikat tali pertunangan hujung minggu lalu dan dijadual bernikah tahun depan.



Norshafiq, yang ditemui di Mediacorp Campus baru-baru ini, berkata:



"Selepas Anugerah 2017, saya memang mempunyai perancangan nak hasilkan 'single' tetapi projek itu tergantung kerana saya masih mencari orang yang sesuai bagi mencipta lagu saya.



"Saya enggan buat asal boleh mengikut selera dan cita rasa saya. Pastinya saya mahukan kerja seni sempurna walaupun tidak mengharapkan lagu ini 'meletup' di corong radio.



"Apa yang boleh saya katakan, lagu itu persis 'mood' lagu Indonesia yang ada jiwa."



Anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu akur beliau mula mengetengahkan bakatnya lewat pada usia 28 tahun.



Sedang peserta Anugerah 2017 lain muda-muda belaka dan dalam peringkat usia belasan tahun, beliau pula yang paling tua dan masih bergelut dengan rasa tidak yakin pada kebolehannya menyanyi.



"Saya memang tidak pernah masuk sebarang peraduan sebelum ini. Bukan apa... Takut tak cukup bagus mahu bertanding.



"Apabila melihat budak-budak belasan tahun ini berani tampil, saya tertanya juga 'Apa yang perlu saya khuatirkan?'



"Alhamdulillah, ibu peminat setia saya. Kadangkala terasa suara saya tak sedap pun, beliau akan kata ia baik daripada pendengarannya.



"Oleh sebab itu, dalam apa jua perkara yang saya buat, saya enggan menyusahkan ibu. Saya mahu menggembirakannya dan berkorban apa sahaja demi kebahagiaan dan keselesaannya.



"Beliau selalu pesan agar jangan persia bakat yang ada atau pandang diri saya terlalu rendah. Sikap berdikari itu juga mustahak," ujarnya.



Kalau penyanyi sebaya mungkin lebih senang dengan lagu moden, Norshafiq tidak mengetepikan minat terhadap irama Melayu tradisional.



Sebagaimana beliau selesa dengan lagu jenis R&B dan irama 'soul', dirinya juga amat menitikberatkan penghargaan terhadap lagu tradisional dan Hari Raya.



"Oleh sebab itu, saya suka kalau diundang ke rancangan Hari Raya atau acara raya di kelab masyarakat.



"Itulah peluang saya mengongsi cinta pada lagu irama tradisional yang dinyanyikan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah.



"Saya lihat mereka sebagai teladan yang baik kerana boleh menyanyikan lagu pop dan tradisional dengan baik," katanya, yang akan menjayakan rancangan Hari Raya Haji Rayakustika 2019 pada 11 Ogos ini.



Beliau tidak menafikan bahawa emosi memainkan peranan penting dalam menjiwai setiap lagu. Baginya, setiap lagu bermakna.



"Saya akan hayati lirik dan cuba mendapatkan 'mood' dan jiwa lagu itu sebelum menyampaikannya.



"Biasanya, yang ada kena mengena dengan hidup saya, itulah yang dapat saya berikan yang terbaik. Misalnya, lagu Jamal dan Saleem Lambaian Aidilfitri," katanya.



KISAH CINTA



Tahun ini juga amat penting buat Norshafiq. Beliau sibuk membuat persiapan sebelum bergelar suami.



Beliau dan Farhana menemui keserasian setelah terlibat dalam rancangan kanak-kanak Raya Oh Yeah! dua tahun lalu.



"Sebenarnya, tiada persamaan antara kami kecuali sama-sama suka menyanyi karaoke.



"Daripada segi membuat keputusan, pilihan makanan dan perangai, memang jauh berbeza.



"Tapi kami seiringan ingin majukan diri dalam kehidupan dan seni. Farhana tidak pernah mengawal pilihan saya dalam dunia seni.



"Beliau tidak lokek dengan dorongan. Kalau saya tersekat-sekat nak bikin lagu kerana kurang yakin, beliau akan selalu berikan perangsang agar tidak mudah putus asa.



"Farhana bahkan menasihati saya agar tidak menolak apa jua pelawaan menjayakan rancangan televisyen mahupun jika ada peluang berlakon.



"Sekecil mana pun tawaran, itulah rezeki dan tapak bagi kita kembangkan diri," katanya.



Apakah yang membuatkan Farhana menepati cita rasanya dalam mencari pasangan hidup?



Sambil tersenyum, Norshafiq menambah:



"Farhana amat memahami, ramah dan penuh kasih sayang. Beliau juga mampu melayan kerenah saya yang kaki pancing ikan 'ni!



"Daripada tak suka memancing dan enggan ikut saya memancing, dia jadi minat pula gara-gara melayan minat saya itu.



"Dek bimbang dia bosan, saya pun belikan dia kelengkapan memancing. Daripada situ, dia belajar dan akhirnya jadikan memancing sebagai hobi."



Kini, harapan Norshafiq adalah melengkapi diri dengan kemahiran hidup dan pengajian agama sebelum bergelar ketua keluarga.



"Bab jaga budak-budak memang dah jadi perkara biasa sebab saya mempunyai empat anak saudara.



"Anak-anak adik yang berusia antara 10 bulan dengan tujuh tahun itulah penyeri hidup saya. Saya manjakan mereka dan tidak terlepas daripada membawa mereka berjalan-jalan," katanya.




"... Kami seiringan ingin majukan diri dalam kehidupan dan seni. Farhana tidak pernah mengawal pilihan saya dalam dunia seni. Beliau tidak lokek dengan dorongan. Kalau saya tersekat-sekat nak bikin lagu kerana kurang yakin, beliau akan selalu berikan perangsang agar tidak mudah putus asa...

Farhana amat memahami, ramah dan penuh kasih sayang."

- Penyanyi setempat Norshafiq Ridzwan tentang tunangnya pelakon dan pengacara Farhana M. Noor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >