Linda Rafar nyanyikan runut bunyi filem khas buat arwah anak
Jul 01, 2017 | 05:30 AM
PEMERGIAN anak membuat bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar, lebih menghargai nikmat yang diberikan kepadanya.
Linda, 39 tahun, berkata kemewahan dan kepopularan yang diraih pada zaman kegemilangannya bersama Elite dulu tidak sedikit pun memberi nikmat kepada dirinya.