Lintasi dunia berbeza di balik 'langsir' kolong Waterloo Centre

SELEPAS sekian lama membenamkan idea kreatifnya bagi sebarang kerja seni kerana terikat dengan amanah dalam Perkhidmatan Negara (NS), Encik Rifqi Amirul Rosli akhirnya berpeluang menghiasi kolong blok di Waterloo Centre.

Dipilih menyertai program bimbingan seni Noise Singapore kendalian Majlis Seni Kebangsaan (NAC) tahun lalu, lulusan Diploma Seni Halus Maktab Seni Lasalle itu menjana karya seni berupa deretan langsir kerajang logam (metal foil) bertajuk Transit.