Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Lizzy kemuka lagu kisah ditipu kekasih

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lizzy kemuka lagu kisah ditipu kekasih

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS lebih setahun berehat tanpa karya baru, penyanyi Elizabeth Tan kembali dengan single terbaharu berjudul Police Entry.



Lagu hasil ciptaan penyanyi Hael Husaini dan komposer Ezra Kong itu menceritakan tentang kekasih yang menipu. Ia dilancarkan pada 6 Julai lalu.



Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy berkata kepada laman akhbar Kosmo! Online bahawa kerjasama antara Hael dan Kong berlaku tiga bulan lalu atas saranan pihak syarikat rakaman Warner Music.



Katanya lagi, menerusi lagu itu, beliau belajar perkara baru iaitu mengarahkan sendiri klip video.



Mengulas tentang apa yang beliau pelajari dengan mengarah klip video sendiri, Lizzy berkata:



"Banyak, terutama perincian yang sangat penting untuk semua perkara.



"Dalam video ini, saya banyak menari, cuma langkahnya diulang-ulang supaya senang peminat mengikutinya.



"Cuma saya rasa hasilnya sangat ringkas kerana kekurangan babak tarian dan berharap pada masa akan datang dapat melakukan yang lebih baik."



Beliau menambah bahawa lagu tersebut memang ada kena-mengena dengan hidupnya.



"Saya tujukan lagu ini kepada bekas kekasih saya kerana semua orang tahu apa yang dia pernah lakukan terhadap saya.



"Dia banyak menipu. Sedikit pun saya tidak risau atau kisah kalau dia marah kerana siapa makan lada, dialah yang akan rasa pedasnya,'' kata Lizzy.



Bagi memastikan nama Lizzy sentiasa berada dalam radar industri muzik, pihak Warner Music sudah merancang supaya beliau mengeluarkan sebuah lagi lagu baru pada Oktober ini



Lagu baru itu dicipta oleh penggubah dan penerbit muzik terkenal, Audi Mok.



Beliau turut menyentuh tentang perihal kemurungan.



"Saya pernah mengalami kemurungan dan berjumpa pakar psikologi dan dengan cara itu, saya beransur pulih.



"Hakikatnya sebelum itu saya tidak keluar rumah selama sebulan selain menangis dalam tempoh lima hingga enam jam sehari," kata Lizzy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >