AKTRES siri drama televisyen The Fall, Gillian Anderson, kian mendapat ramai peminat menyusuli pelancaran bukunya berjudul We: A Manifesto for Women Everywhere yang diterbitkan baru-baru ini.
Bekas bintang siri X Files berusia 48 tahun itu menulis buku tersebut bersama seorang wartawan, Jennifer Nadel, apabila mereka memberi kenyataan jujur berkaitan pengalamannya menjadi ibu dan cabaran berhadapan dengan kemurungan, selain tip bagaimana wanita boleh menjalani hidup lebih bermakna.