Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PAMERAN SENI KELAB HEAL

Lukisan cerminkan perjuangan terhadap kemurungan, kebimbangan

Oct 09, 2018 | 05:30 AM



PADA harga $900, lukisan cat air Cik Rafeah Md Said, yang menggambarkan suasana kampung yang tenang dan aman, dilelong dalam pameran seni - 'Landscapes of Our Mind'- yang membuka tirai Jumaat lalu.



Pameran itu dianjurkan Kelab Heal, sebuah pusat yang menjalankan perkhidmatan pemulihan mental.



Sekilas pandang, lukisan itu seolah-olah dihasilkan oleh artis profesional, namun ia merupakan sentuhan wanita berumur 53 tahun yang sudah hampir dua dekad tidak melukis.



Malah, ini merupakan cerminan apa yang beliau idamkan selama ini di samping pergolakan yang berlaku dalam dirinya dalam berjuang menentang kemurungan dan masalah kebimbangan sejak 13 tahun lalu.



"Saya suka melukis. Seni mengizinkan saya meluahkan diri serta memberi saya kepuasan. Ini merupakan suatu pencapaian bagi diri saya," ujar suri rumah itu.



Namun, bukan hasil seni Cik Rafeah sahaja dipaparkan.



Sekitar 50 hasil seni karya mereka yang sedang menjalani pemulihan daripada keadaan kesihatan mental di Kelab Heal diketengahkan buat tatapan pengunjung di Articulture, Esplanade.



Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, merupakan salah seorang hadirin yang memeriahkan acara pembukaan pameran seni itu minggu lalu.



Bagi Cik Rahayu, yang juga merupakan salah seorang penaung Kelab Heal, ini usaha yang beliau puji.



"Ini merupakan peluang baik bagi mereka (yang sedang pulih daripada keadaan mental) ketengahkan hasil kerja mereka dan pada masa yang sama, bagi kita memberi pengiktirafan usaha gigih mereka," ujarnya.



Cik Rahayu juga menambah bahawa dengan adanya pengunjung, ia merupakan tanda sokongan daripada masyarakat bagi golongan ini, dan merupakan sesuatu yang perlu diteruskan.



Selain lukisan, pameran seni itu juga memaparkan tembikar.



Kesemuanya itu merupakan hasil kreativiti daripada program seni yang bermula di Kelab Heal pada September tahun lalu.



Namun, di sebalik penghasilan karya tersebut adalah impian yang selama ini didambakan oleh pengajar seni di Kelab Heal, Encik Nhawfal Juma'at.



Menurut Encik Nhawfal, yang merupakan anak salah seorang penyelaras program Kelab Heal yang juga pernah mengalami keadaan kesihatan mental, pameran seni bersama Kelab Heal ini merupakan salah satu 'matlamat'nya.



"Bukan setiap hari impian kita menjadi kenyataan," ujar pensyarah adjung yang berumur 27 tahun itu.



Penggemar seni ini berkata langkah pertamanya dalam membimbing mereka yang sedang pulih daripada keadaan mental adalah menepis pemikiran dalam diri mereka bahawa mereka tidak mampu menghasilkan lukisan yang baik.



Encik Nhawfal memberitahu mereka bahawa luahan setiap seorang daripada mereka adalah unik.



Beliau berkata seni merupakan wadah yang mengizinkan mereka meluahkan perasaan yang tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata.



"Harapan saya ialah apabila mereka melihat hasil kerja mereka, mereka sedar bahawa mereka boleh mencapai sesuatu.



"Bukan merasakan bahawa diri mereka tidak cukup baik, atau berperasaan negatif," tambah Encik Nhawfal.




PAMERAN SENI 'LANDSCAPES OF OUR MIND'



Tarikh: 6 - 10 Oktober (kecuali Isnin)



Masa: 1 petang - 9 malam



Tempat: Articulture, Esplanade



Masuk: Percuma



Sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan bagi pameran seni ini boleh menghubungi info@clubheal.org.sg atau melalui talian 6899-3463.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >