KIAN ramai pengantin Melayu mengadakan majlis kenduri kedua-dua keluarga di bawah satu bumbung kerana inginkan majlis lebih ringkas dan mengurangkan belanja.
Majlis bergabung ini kian popular sejak beberapa tahun lalu apabila kos majlis perkahwinan semakin meningkat, menurut penyedia khidmat majlis perkahwinan Melayu yang ditinjau Berita Minggu.