DEMI memulihara sejarah dan kenangan membesar di Kampung Bedok, Encik Muhd Abdul Rahman, 72 tahun, seorang guru tambahan, kini sedang berusaha menulis buku.
"Saya sekadar menulis kisah peribadi mengenai kehidupan di Kampung Bedok untuk berkongsi dengan anak-anak dan cucu-cucu sendiri," kata Encik Muhd yang kini sudah menulis sebanyak hampir 80 peratus.