Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Makan sambil tonton persembahan 'Seni dalam Kejiranan Anda'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Makan sambil tonton persembahan 'Seni dalam Kejiranan Anda'

Mar 07, 2019 | 05:30 AM



APABILA orang ramai pada waktu makan tengah hari menjamu selera di Pusat Makanan dan Pasar Bulat Tampines pada tengah hari pada 16 dan 17 Mac, akan ada sembilan individu berjalan di kawasan kosong di tengah pasar itu dalam satu barisan, menolak troli membeli-belah yang dihiasi lampu lap-lip.



Memakai pakaian dibuat daripada wayar dan pelbagai keperluan pusat penjaja seperti penyepit (chopstick) dan cawan stirofoam, individu senyap itu akan mula menari secara perlahan.



Pemandangan luar biasa itu adalah sebahagian daripada District 18, sebuah acara tarian kontemporari 45 minit yang dihasilkan oleh syarikat tarian Singapura, P7:1SMA, bagi edisi ke-12 program Seni dalam Kejiranan Anda, yang berlangsung dari hari ini hingga 24 Mac.



Dianjurkan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC), program itu memaparkan 50 kegiatan seni merentas 16 lokasi serata pulau, dengan hampir separuh diadakan di Tampines, bandar yang menjadi tumpuan edisi kali ini.



Edisi lalu telah memaparkan kejiranan Singapura seperti Woodlands dan Jurong.



Encik Norhaizad Adam, pengarah artistik P7:1SMA, berkata acara tarian itu adalah pujian kepada penjaja dan pegerai di pusat penjaja dan pasar.



"Walaupun ia hanya satu persembahan, ia paling sedikit yang kami dapat lakukan. Kami mahu berhubung dengan semua orang dan ini adalah satu cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pak cik dan mak cik yang bekerja di sini," kata Encik Norhaizad, 31 tahun.



Tarian itu juga akan mempunyai elemen interaktif, dengan penari menjangkau kepada pelanggan menerusi aksi meniru.



"Saya tidak mahu ia menjadi persembahan sehala. Akhirnya terpulang kepada pelanggan untuk bertindak balas dan saya berharap yang mereka tidak hanya akan menjadi penonton," tambah Encik Norhaizad.



Kumpulan seni persembahan lain, seperti Ding Yi Music Company, juga telah mencari cara untuk mendampingi penduduk Tampines dalam persembahan mereka.



Kumpulan muzik Cina itu akan menganjurkan lawatan berjalan bagi sekitar 30 peserta ke mercu tanda kejiranan yang terkenal seperti Tampines Tree Garden, di mana mereka akan belajar tentang sejarah tempat-tempat itu dan merakam bunyi menggunakan telefon bimbit mereka.



Rakaman bunyian itu kemudian akan digabungkan ke dalam gubahan akhir yang kumpulan muzik itu akan persembahkan pada 17 dan 23 Mac.



Encik Dedric Wong, 33 tahun, pengurus besar dan pembantu konduktor Ding Yi Music Company berkata: "Kami berharap sesi ini akan membolehkan orang ramai terlibat dalam pembikinan muzik, meskipun mereka tidak mempunyai latar belakang muzik."



Cik Chua Ai Liang, pengarah kanan dampingan dan penyertaan NAC, berkata majlis itu telah melakukan langkah tambahan dalam mendampingi penduduk musim ini.



"Kami memudahkan penglibatan mereka dengan lebih baik kali ini. Mempunyai dampingan erat dengan persembahan akan menghailkan satu pengalaman baru bagi penduduk kerana mereka kini mempunyai kenangan tentang sumbangan mereka," katanya.




"Walaupun ia hanya satu persembahan, ia paling sedikit yang kami dapat lakukan. Kami mahu berhubung dengan semua orang dan ini adalah satu cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pak cik dan mak cik yang bekerja di sini... Saya tidak mahu ia menjadi persembahan sehala. Akhirnya terpulang kepada pelanggan untuk bertindak balas dan saya berharap yang mereka tidak hanya akan menjadi penonton."
- Pengarah artistik P7:1SMA, Encik Norhaizad Adam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >