Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Makanan tradisional cetus ilham reka baju 'ang ku kueh' dan 'cendol'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Makanan tradisional cetus ilham reka baju 'ang ku kueh' dan 'cendol'

Mar 22, 2018 | 05:30 AM



APABILA Cik Aqilah Adnan menikmati kelazatan pulut tradisional masyarakat Cina yang dipanggil ang ku kueh atau menghirup pencuci mulut cendol, beliau langsung terfikirkan fesyen pakaian yang boleh diciptanya hasil inspirasi makanan tersebut.



Sebagai anak muda yang gemar mencuba bermacam jenis makanan kaum berbeza di Singapura, beliau begitu terperinci menilai tekstur dan bahan sajian yang dirasa untuk dipadankan dengan rekaan fesyennya.



Lantaran itu, timbullah inspirasi bagi menghasilkan fesyen pakaian yang mampu mengingatkan anda tentang ang ku kueh yang merah warnanya atau cendol yang hijau dengan bijian kacang dan jeli tepung berasnya.



Kreativiti itu dipaparkan dalam pertunjukan fesyen tahun akhir pelajar Diploma Rekaan dan Perdagangan Pakaian di Politeknik Temasek (TP), baru-baru ini.



Cik Aqilah, 19 tahun, bekerjasama dengan rakannya, Cik Nafhah Mohd Noor Tijany, juga 19 tahun, dalam menghasilkan koleksi fesyen di bawah jenama Rakyat The Label.



"Baju nasi lemak Ratu Cantik Malaysia dalam peraduan Miss Universe pernah mencetus perbualan ramai di media sosial.



"Saya terfikir pula bagaimana makanan kegemaran saya seperti ang ku kueh, kek lapis dan cendol boleh dijadikan sumber ilham bagi pakaian yang menarik digayakan.



"Baik dari segi cetakan motif pada fabrik atau cara pakaian itu digayakan dengan lapisan fabriknya, ia boleh disamakan dengan makanan tradisional berkenaan.



"Saya pula lebih cenderung memilih makanan yang mungkin sudah dilupakan generasi muda sebaya dengan saya," tambahnya.



Anak bongsu dalam dua beradik itu akur beliau begitu teliti menyamakan bahan dalam makanan misalnya kacang rangup dalam ang ku kueh dengan manik yang disisipkan pada pakaian rekaannya.



"Memanglah kejelasan rekaan saya tak sama seperti baju nasi lemak pencetus fenomena itu. Tapi seberapa boleh, saya samakan kekenyalan ang ku kueh persis pulut melekit dengan sentuhan tekstur ropol-ropol pada fabrik yang dipilih," katanya lagi.



Ditanya apakah yang membuatnya gemarkan dunia fesyen sehingga terdorong ambil kursus itu di TP, Cik Aqilah berkata, sejak kecil, beliau memang cenderung mengubahsuai baju buruk menjadi cantik dipandang mata.



"Saya akan gabungkan baju yang sedia ada dengan bahan tempelan lain. Harapan saya selepas tamat pengajian, dapatlah saya mencari pengalaman bekerja dengan syarikat rekaan fesyen tempatan. Saya juga berminat teroka fesyen pakaian sopan yang semakin menjadi trend antarabangsa."



Pengalaman bekerja sambil belajar di syarikat rekaan fesyen pakaian sukan, Bodynits International, dianggap sebagai pembuka mata baginya mempelajari teknik pemilihan fabrik serta seni cetakan moden seperti cetakan laser yang diterapkan dalam projek tahun akhirnya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >