Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Perkamus anjur bengkel pemuzik bes

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Perkamus anjur bengkel pemuzik bes

Nov 11, 2017 | 05:30 AM



PETIKAN gitar bes mungkin bernada paling rendah berbanding alat muzik lain.



Namun, pakar muzik menganggapnya sebagai nadi atau 'degupan' yang memberi 'nyawa' kepada persembahan. Bes menentukan rentak dan merupakan tunjang yang mengharmonikan setiap susunan muzik.



Justeru, dalam kalangan kumpulan pemuzik, pemain bes dianggap antara perkara penting, bahkan jarang persembahan muzik tiada pemain bes.



Bagi mengongsi peranan bes dalam muzik, Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) akan mengadakan bengkel yang mengetengahkan pemuzik terkenal Indonesia Indro Hardjodikoro, 49 tahun, pada 19 November ini.



Indro, yang datang dari Jakarta dan dikenali sebagai pendidik muzik, sebelum ini pernah membimbing pemain bes popular Indonesia seperti Barry Likumahuwa, Fajar Adi Nugroho dan Shadu Rasidi.



Beliau sering muncul di kaca televisyen termasuk Indonesia Idol dan bermain bersama orkestra besar termasuk pimpinan Erwin Gutawa. Beliau juga pernah berkerjasama dengan artis antarabangsa seperti Eric Marienthal dan Victor Wooten.



Menurut Setiausaha Perkamus Rusedah Tawahid, bengkel percuma itu bertujuan mendedahkan peranan bes, alat yang mungkin kurang diberi perhatian oleh penggemar muzik.



"Indro mempunyai pendekatan unik menghasilkan bunyian bes yang menarik dan bersedia berkongsi panduan kepada pemain bes di sini tentang bagaimana memberi rentak dan harmoni kepada persembahan muzik secara keseluruhannya.



"Jarang-jarang kita mempunyai seorang 'sifu' yang bersedia berkongsi pengalaman, justeru ini peluang pemuzik tempatan menimba ilmu daripada legenda secara percuma," ujarnya.



Indro, dalam laman All About Jazz, berkata bes ialah "degupan muzik yang menentukan rentak dan memberi harmoni" kepada sesebuah persembahan muzik.



Antara topik yang akan disentuh ialah teknik permainan, menyusun bentuk irama, menentukan skala, memberi gentelan "groove" dan bes solo.



Indro baru-baru ini melancarkan albumnya Feels Free, yang turut menampilkan pemuzik Demas Narawangsa, Lal Intje Makkah, Tohpati, Oele Patiselano dan Irfan Chasmala.



Sebagai pendidik , beliau banyak mengendalikan kelas secara peribadi dan merupakan ketua jabatan bes Institut Muzik Indonesia.



Bengkel akan berlangsung dari 3 hingga 6 petang di LLA North Campus, 930 Yishun Avenue 2, Northpoint City, #03-38 North Wing.




Maklumat Lanjut



Hubungi Rusedah di talian 9889-1346, Famie 9459-4580 atau Din Safari 9661-5114.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >