Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Mamat Exists diberkas atas tuduhan dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mamat Exists diberkas atas tuduhan dadah

Sep 09, 2019 | 07:15 PM



BEKAS vokalis kumpulan pop/rock popular 90-an, Exists, Mohd Ali Kamarudin, atau lebih dikenali sebagai Mamat, ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru, pada malam Ahad (8 September).



Menurut laporan MyMetro, penyanyi itu, 41 tahun, ditahan bersama seorang rakan lelaki berikutan penemuan satu paket dadah dalam dompet penyanyi itu.



Penahanan kededua mereka pada 11.30 malam itu dilakukan selepas mereka didapati dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 di kawasan terbabit.



Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka berdua positif dadah.



Penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects, terkejut dengan penangkapan Mamat.



Pengarah Urusan Shiraz Projects, Encik Shirazdeen Karim berkata, secara peribadi, berita itu amat menyedihkan dan mengejutkan.



“Lebih-lebih lagi menjelang konsert Reunion Exists yang akan berlangsung pada 28 September ini di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (9 September).



Menjawab persoalan yang diajukan kepada beliau mengenai status konsert tersebut, Encik Shirazdeen berkata: “Setakat ini, konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa, dan kami serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut ketetapannya.” -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >