Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Mampukah Isyana saingi Sheila?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mampukah Isyana saingi Sheila?

Jul 22, 2016 | 05:30 AM



WAJARKAH penyanyi legenda seperti Ratu Jaz Malaysia Datuk Sheila Majid dan bintang bertaraf antarabangsa Yuna diletakkan dalam kategori yang sama dengan artis baru lagi muda seperti Isyana Sarasvati dari Indonesia?



Kata-kata ini bermain di minda wartawan dan turut menjadi bahan perbualan pengamat muzik Melayu apabila melihat senarai pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) bagi Artis Terbaik (Wanita) mahupun Artis Terbaik (Lelaki).



Meskipun penilaian dibuat berdasarkan lagu penyertaan yang dikirimkan pihak label dan pengedar, timbul soalan seperti:



Mengapa Yuna, yang telah menembusi Amerika bahkan telah berganding dengan Usher, dicalon seiringan dengan artis muda dan baru seperti Isyana Sarasvati dan Raisa dari Indonesia? Begitu juga Datuk Sheila yang sudah menerima Anugerah Khas Planet Muzik empat tahun lalu - tidak janggalkah jika beliau diletakkan dalam kategori yang sama dengan artis baru? Cakra Khan yang baru pula bersaing dengan artis mapan Armand Maulana dari Gigi dan Once Mekel dari Dewa 19. Bukankah artis mapan berada dalam liga mereka sendiri?



Sungguhpun begitu, amat menggalakkan melihat artis legenda ini menghasilkan bahan baru setelah sekian lama.



Datuk Sheila, misalnya, tampil dengan lagu Sinaran Cinta yang menjadi penyeri filem yang diilhamkan daripada sumbangan seninya, Sinaran.



Walau jauh di rantauan, Yuna pula masih betah dengan identitinya sebagai anak Melayu dengan menghasilkan bahan baru Melayu bertajuk Material. Armand pula tampil dengan Hanya Engkau Yang Bisa manakala Once pula menjana karya indah Tak Sempurna.



Mungkin, harapan kami adalah melihat kategori baru khusus buat artis mapan, Lagu Kebangkitan Semula Terbaik atau Best Comeback Song, bagi APM mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >