Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Masalah endometriosis* jejas mutu kehidupan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Masalah endometriosis* jejas mutu kehidupan

Rawatan awal jaya atasi masalah ibu empat anak termasuk pendarahan keterlaluan semasa haid, migrain
Nov 21, 2018 | 05:30 AM



BIASANYA selepas melahirkan anak, sang isteri pasti mengharapkan si suami untuk sama-sama mainkan peranan dalam menempuhi beberapa bulan pertama selepas anak itu dilahirkan.



Apatah lagi sekiranya pasangan itu sudah mempunyai cahaya mata lain sebelum kelahiran anak terkini.



Sebaliknya pula nasib yang dialami Cik Norjana Jumat sekitar setahun selepas melahirkan anak keempatnya.



Bukan sahaja beliau bergelar ibu tunggal sekitar setahun selepas melahirkan anak keempatnya, masalah endometriosis yang dialaminya ketika itu semakin buruk sehingga menjejas kualiti kehidupannya.



Endometriosis merupakan keadaan di mana sel lapisan rahim, yang biasanya keluar sebagai darah haid, berkembang di luar rahim.



Ini biasanya menyebabkan pesakit berasa amat sakit.



"Anehnya sebelum itu, saya kedatangan haid seperti biasa. Tiada tanda-tanda khusus yang menunjukkan saya menghidapnya.



"Tapi kemudian sekitar 2005, saya alami masalah apendiks.



"Satu hari tu, kerana tidak tahan dengan rasa sakit yang dialami, saya ke hospital dan tidak lama kemudian menjalani pembedahan bagi mengatasi apendiks tersebut.



"Pada masa itulah doktor mengesan yang saya juga alami endometrisis," katanya yang berasakan rasa sakitnya bertambah seganda akibat kededua penyakit tersebut yang dirasakan serentak.



Nasibnya baik kerana berjaya lahirkan anak keempatnya dengan selamat pada 2007.



Meskipun masalah apendiks dapat dirawati, namun tidak pula bagi penyakit endometriosisnya.



Hanya selepas kelahiran anak keempatnya itu beliau mulai mengalami pendarahan keterlaluan semasa kedatangan haid.



Ini dipercayai akibat endometriosis yang dialaminya itu.



"Akibatnya, tempoh saya kedatangan haid berlanjutan sehingga sebulan atau lebih, dan saya sering mengalami sakit perut, seolah-olah macam nak bersalin.



"Saya sering penat dan menghidap migrain sehingga kekurangan darah dan terpaksa makan pil untuk mengatasi masalah itu," jelasnya.



Beliau beberapa kali terpaksa mengambil cuti sakit kerana tidak tahan dengan rasa sakitnya. Bagi mengatasi rasa sakitnya itu, beliau yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi mengambil pil penahan sakit.



Kebetulan pada masa itu, beliau juga perlu beberapa kali "turun naik" Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan hal penceraiannya.



Ketika itu anak-anaknya masih kecil, katanya, dan amat tertekan dengan nasibnya ketika itu.



"Mujur saya dapat bantuan ibu dan adik-beradik serta rakan sekerja yang banyak beri sokongan dan bantuan pada saya, memandangkan ketika itu saya juga perlu bekerja," tambahnya.



Sekitar 2009, beliau disaran memasukkan alat intrauterin (IUS) bagi mengawal pendarahan berlebihannya itu. Langkah itu banyak membantunya.



Cik Norjana yang kini berusia 46 tahun dan telah menjalani dua prosedur memasukkan IUS sejak 2008 berkata kualiti kehidupannya mulai bertambah baik selepas itu.



"Pendarahan semasa haid tidak begitu keterlaluan dan saya tidak lagi perlu makan pil kontraseptif dan tidak lagi perlukan suntikan oestrogen. Saya juga tidak lagi rasa sakit perut selepas prosedur IUS.



"Kini saya dapat menumpukan perhatian kepada kerja selain kegiatan harian lain memandangkan saya tidak lagi menghidapi masalah migrain dan tidak lagi perlu makan ubat penahan sakit," jelasnya yang kini mengamalkan gaya hidup lebih sihat.



* Endometriosis merupakan keadaan di mana sel lapisan rahim, yang biasanya keluar sebagai darah haid, berkembang di luar rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >