Matt Damon: 'Jason Bourne' lebih hebat daripada 'James Bond'

AKTOR utama filem Jason Bourne, Matt Damon, menganggap watak lakonannya itu lebih baik berbanding James Bond.

Matt yang melakonkan watak David Webb, atau lebih dikenali sebagai Jason Bourne, dianggap pakar risik lebih moden berbanding watak James Bond yang merupakan perisik Britain dan sudah lama dikenali.

Berkata demikian kepada laman majalah GQ Australia, Matt berkata:

"Jason Bourne mempunyai nilai-nilai perwatakan hari ini, sedangkan James Bond nilai-nilai 1960-an.

"Meskipun watak Bond telah pun 'dinaik taraf' pada zaman masa kini, namun watak itu hanya tahu berfoya-foya dan bunuh musuh tanpa peduli."

Laman Inquisitrmemetik Matt sebagai berkata bahawa watak James Bond juga amat bergantung kepada alat canggih, namun peminat lebih gemarkan James Bond memakai tuksedo berbanding Jason Bourne.

Memang Matt Damon sudah lama 'membelasah' James Bond sejak 2007, apabila beliau menggelarkan watak James Bond sebagai seseorang yang hanya tahu berfoya-foya dan berjenaka.

Meskipun begitu, Daniel Craig yang merupakan pelakon terbaru watak James Bond, setuju dengan Matt ketika beliau mempromosikan filem Spectre pada 2015.

Sebelum ini, juga ramai pengkritik yang anggap filem-fielm francais Jason Bourne seolah-olah menghidupkan semula filem James Bond yang hampir 'mati' selepas Pierce Brosnan berlakon dalam Die Another Day.

Watak Jason Bourne itu seolah-olah memberi nyawa kepada filem terbaru James Bond lakonan Daniel Craig.

Kini, selepas Daniel Craig mengundurkan diri daripada dunia perisik itu, terpulanglah kepada pelakon baru yang bakal mendukung watak James Bond bagi meneruskan populariti watak tersebut.

Kembali kepada filem Jason Bourne, Matt Damon dikatakan telah bekerja keras bagi francais kelima watak Jason Bourne.

Beliau berlakon di samping senarai pelakon hebat lain seperti Julia Stiles, Tommy Lee Jones, Vincent Cassel, dan pemenang anugerah Oscar, Alicia Vikander, dalam filem itu.

Dalam filem Jason Bourne, watak utama itu bertarung dengan masa silamnya dan kebenaran di sebalik identitinya, menurut laman GQ Australia.

Matt kini sedang giat mempromosi penampilan keempatnya sebagai Jason Bourne dan baru-baru ini berada di Perancis bersama isterinya, Luciana Barroso, pada tayangan perdana filem tersebut.

Matt juga memberitahu laman Irish Examiner bahawa beliau sanggup melakonkan watak adiwira sekiranya rakan baiknya, Ben Affleck, menjadi pengarah.

Pada 1997, kededua Matt dan Ben pernah tampil bersama dalam filem Good Will Hunting.

Apabila berbincang tentang watak akan datangnya, Matt berkata beliau sanggup melakonkan watak James Bond meskipun beliau anggap watak itu patut dilakonkan oleh seorang aktor asal Britain.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.