'Mawar Putih' akhiri kerjaya pengarah Mak Nani
Mula ceburi dunia perfileman sebagai pelakon pada 1952, Rosnani Jamil kini mahu bersara
Jul 03, 2016 | 05:30 AM
JIKA filem Mawar Merah pembuka tirai Datuk Rosnani Jamil sebagai pengarah filem, Mawar Putih pula jadi penutupnya.
Setelah hampir tiga dekad mengarah tujuh filem, seniwati yang senang dipanggil Mak Nani itu memberitahu Gah! beliau bersedia meninggalkan dunia perfileman.