Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

MCS semak misi, struktur, program agar mampu beri khidmat berkesan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MCS semak misi, struktur, program agar mampu beri khidmat berkesan

Jul 15, 2018 | 05:30 AM



KHIDMAT Kaunseling Muslim (MCS) yang ditubuhkan pada 1978 bertujuan membantu masyarakat Melayu menyediakan bimbingan dan kaunseling kepada penyalah guna dadah Melayu Muslim.



Ini termasuk banduan Muslim lelaki dan wanita yang menjalani pemulihan di institusi tahanan.



"MCS kini sedang menyemak misi, struktur dan programnya bagi memastikan ia mampu memberikan khidmat yang amanah kepada masyarakat secara lebih berkesan," kata pengerusinya, Encik Rujok Pandi.



Idea menubuhkan MCS diilhamkan Majlis Pusat (MP), justeru ia diletakkan di bawah naungan pertubuhan tersebut pada ketika itu.



Sejak penubuhannya, MCS beroperasi sebagai sebuah badan berdikari, mengekalkan akaunnya sendiri dan melapor kepada sebuah jawatankuasa eksekutif pimpinan mantan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) - termasuk Haji Ismail Mohd Said sehingga Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir.



Pada 1991, Allahyarham Haji Ridzwan meminta MCS melantik pengerusinya sendiri.



MCS mempunyai pengerusinya sendiri, Encik Zulkifli Mohammed, yang merupakan mantan Anggota Parlimen (AP) dan Presiden Majlis Pusat.



Namun pada 2000, mantan Presiden Muis ketika itu, Haji Maarof Salleh, mengambil keputusan bahawa MCS perlu bertindak secara berdikari.



MCS telah dipimpin Encik Zulkifli sehingga baru-baru ini, exconya melantik seorang kakitangan awam, Encik Rujok Pandi, menjadi pengerusinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >