Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Membantu pesakit diabetes berpuasa dengan selamat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Membantu pesakit diabetes berpuasa dengan selamat

Apr 17, 2019 | 05:30 AM



Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Dan seperti biasa mereka yang menghidap pelbagai penyakit perlu buat persiapan sebelum berpuasa. Bagi pesakit kencing manis mereka perlu pastikan tiada komplikasi dialami semasa bulan penuh mulia ini. Wartawan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) mendapatkan komen pakar kesihatan tentang kencing manis serta kesilapan diet yang diamalkan golongan pesakit tersebut.



TERDAPAT kajian pemerhatian peringkat antarabangsa yang menunjukkan adanya peningkatan dalam risiko komplikasi kencing manis apabila si pesakit berpuasa.



Maka perlu bagi pesakit kencing manis dibantu agar mereka dapat berpuasa secara selamat.



Konsultan Jabatan Endokrinologi di Hospital Besar Sengkang (SKH), Dr Sueziani Zainudin, berkata menerusi penilaian risiko, persiapan menerusi penyesuaian dan pemantauan bagi mengelak serta pengesanan komplikasi di peringkat awal, akan dapat membantu seseorang itu berpuasa secara selamat semasa Ramadan.



Bagi pos-Ramadan, perlu juga menjaga kesihatan semasa sambutan Raya, selepas musim puasa berakhir.



''Mereka yang telah menjalani pendidikan pra-Ramadan dan pemintasan dengan pemantauan rapi telah menunjukkan bahawa bukan sahaja komplikasi dapat dikurangkan, tapi ia juga memperbaiki keseluruhan kawalan kencing manis mereka selepas Ramadan, dengan data menunjukkan bahawa pada masa ini ia dapat berkekalan sehingga dua tahun lamanya,'' katanya dalam jawapan melalui e-mel kepada wartawan.



Dr Sueziani berkata terdapat salah tanggapan bahawa memandangkan Ramadan hanya sebulan, maka secara umumnya ia tidak menjejas kawalan kencing manis atau kesihatan.



Menurutnya, Ramadan merupakan masa yang sesuai untuk menyemak semula keadaan kesihatan serta kawalan kencing manis, berdasarkan perubahan gaya hidup yang boleh dijangkakan.



''Ini bermakna pesakit kencing manis yang berpuasa selain mengikut nasihat pakar jagaan kesihatan, akan dapat lihat pertambahan dalam keadaan kesihatan mereka.



''Tanpa jagaan rapi, pesakit, pemberi jagaan dan orang ramai perlu sedar akan risiko yang mungkin berlaku seperti kadar glukos yang tinggi sehingga menyebabkan jatuh sakit yang serius dan koma - memerlukan pesakit itu dimasukkan ke hospital.



''Selain itu kadar glukos yang rendah pula boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri, dehidrasi sehingga pengsan atau kegagalan ginjal, serta darah beku yang boleh sebabkan masalah lain seperti serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain lagi,'' katanya lagi.



AMALAN YANG TIDAK DILAKUKAN



Meskipun sedar akan kepentingan pemeriksaan, terdapat juga mereka yang tidak biasa dengan amalan memeriksa kadar glukos dalam darah.



Ini berbahaya, kata Dr Sueziani, memandangkan seseorang itu mungkin mempunyai tanda-tanda tidak sihat.



Satu lagi amalan yang perlu dielakkan ialah tidak berbuka seawal mungkin apabila kadar glukos mulai rendah.



Rasa hendak pitam mungkin berlaku.



''Lebih membimbangkan apabila seseorang itu tidak ambil ubat atau suntikan pada masa yang sesuai akibat salah tanggapan mengenai pengambilan ubat semasa tempoh tertentu atau kurang pengetahuan tentang perlunya pengubahsuaian dosaj ubat atau masa makannya.



''Ada juga mereka yang menentukan sendiri perubahan rawatan mereka tanpa bimbingan, yang amat berbahaya,'' ujarnya lagi.



Menurutnya lagi, kadar glukos biasanya jatuh semasa tengah hari.



Maka penting bagi seseorang itu berbuka apabila kadar glukosnya jatuh terlalu rendah, kata Dr Sueziani lagi.



Bagi para pesakit kencing manis, amalan berpuasa sebelum Ramadan dengan persiapan yang lengkap serta bimbingan yang betul bak ujian bagi menentukan kemampuan seseorang itu berpuasa, tambah beliau.




''Ini bermakna pesakit kencing manis yang berpuasa selain mengikut nasihat pakar jagaan kesihatan, akan dapat lihat pertambahan dalam keadaan kesihatan mereka. Tanpa jagaan rapi, pesakit, pemberi jagaan dan orang ramai perlu sedar akan risiko yang mungkin berlaku seperti kadar glukos yang tinggi sehingga menyebabkan jatuh sakit yang serius dan koma - memerlukan pesakit itu dimasukkan ke hospital. Selain itu kadar glukos yang rendah pula boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri, dehidrasi sehingga pengsan atau kegagalan ginjal, serta darah beku yang boleh sebabkan masalah lain seperti serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain lagi.''

- Konsultan Jabatan Endokrinologi di Hospital Besar Sengkang (SKH), Dr Sueziani Zainudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >