Biarpun sibuk mengurus anak, mereka sanggup meluangkan masa menghasilkan buku pendidikan secara kreatif dengan harapan dapat berkongsi pengalaman demi pembinaan keluarga cemerlang. Gah! menemui empat penulis tempatan yang menggagahkan diri menerbitkan buku mereka. Dengan sokongan keluarga, empat penulis ini mengimbangi masa antara mengembangkan kerjaya mereka sebagai penulis yang baru bertunas dan membesarkan anak mereka. Laporan oleh Nur Fadhilah Salleh (nfsalleh@sph.com.sg).
KERJAYANYA sebagai seorang penerbit televisyen dalam siri drama seperti Jeritan Sepi dan Anak Metropolitan membuka matanya kepada isu yang dihadapi masyarakat tempatan.