Menebar ilmu seni tulisan khat di kalangan belia
Masjid En-Naeem anjur bengkel pengenalan demi melestari sejarah dan dedah keindahan seni
Apr 15, 2019 | 05:30 AM
UNIK dan menarik, keindahan seni khat tidak dapat dinafikan lagi, dan khazanah seni tertua di dunia ini wajar dipelihara.
Oleh itu, komuniti belia daripada Masjid En-Naeem dikenali sebagai Fataa Zahra, telah bekerjasama dengan The Bustan Khat dengan menganjurkan sebuah bengkel asas mengenai penulisan khat.