Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Mengacara jadikan Suzairhe 'sedia apa sahaja'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mengacara jadikan Suzairhe 'sedia apa sahaja'

Jul 30, 2019 | 05:30 AM



Bersiap sedia menerajui pelbagai rancangan - baik hiburan, infomaklumat, kesihatan, memasak mahupun sembang santai - merupakan antara kriteria pengacara cemerlang. Dua pengacara, mapan dan baru, menceritakan pengalaman yang dilalui dalam bidang pengacaraan. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.



DIHUMBAN ke dalam laut bagi mencuba sukan rakit redah jeram tanpa pandai berenang.



Diminta mencungkil kisah lelaki yang cacat anggota dan ditinggal pergi isteri selepas satu kemalangan.



Dua perkara ini adalah yang 'melekat' di fikiran pengacara mapan, Suzairhe Sumari, 47 tahun, apabila menyingkap semula perjalanan seninya dalam bidang pengacaraan.



Sepanjang berkecimpung dalam bidang ini selama 24 tahun, banyak ilmu dan pengalaman manis yang ditimba.



Suzairhe yang asalnya merupakan deejay sambilan di radio bermula sebagai pengacara rancangan hiburan Hiburan Minggu Ini (HMI) bersama Asnida Daud pada 1995.



Beliau kemudian terdedah pada bermacam rancangan infopendidikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang membuka mindanya terhadap keprihatinan masyarakat Singapura.



Setiap cebisan pengalaman yang diraih itu membuatnya lebih bersyukur mengambil keputusan tidak meninggalkan 'kampung halaman' di Singapura bagi membina kerjaya seni di Malaysia.



Sebagaimana kongsinya dalam wawancara di Kampus Mediacorp, baru-baru ini:



"Kalau dikenangkan kembali, memang saya membuat keputusan yang tepat bagi tidak tinggalkan keluarga dan teman-teman di sini setelah menjayakan sekitar lima drama di Malaysia.



"Pada 2005, saya mencuba nasib di Malaysia. Namun, walau ada panggilan dan rezeki memperluas kerjaya di seberang Tambak, saya lebih selesa betah di negara sendiri kerana enggan berjauhan daripada rangkaian sokongan saya di sini. Keluarga dan teman-teman jauh lebih bermakna."



Sejak itu, rezekinya tidak putus bagi mengacarakan bermacam rancangan, bukan sahaja yang berunsurkan hiburan serta kena dengan gaya 'gila-gilanya' yang suka berjenaka.



Beliau malah ditemui sebelum mengacarakan rancangan khas Hari Raya Haji, Rayakustika 2019 yang dirakam lebih awal. Rancangan hiburan itu turut memaparkan tiga kisah inspirasi tentang pengorbanan individu.



"Kalau nak disingkap semula perjalanan saya sebagai pengacara, saya masih ingat lagi detik awal saya betul-betul bingit dan marah apabila disamakan dengan Najip Ali.



"Sampai keluar di suratkhabar, konon saya setakat meniru dan tiada identiti sendiri. Padahal, itulah saya tanpa ada niat meniru. Saya juga tiada idola dalam bidang pengacaraan. Saya ikut cara saya sendiri.



"Pada waktu itu, saya dan Asnida cuba kenalkan pembaharuan. Orang hanya lihat gaya unik Najip Ali yang menjelajah ke Jepun.



"Namun, mereka rasakan semua itu berkait rapat dengan pembaharuan yang saya dan Asnida cuba kenalkan. Walhal, kami hanya jadi diri sendiri dan pakai apa jua fesyen yang dekat dengan personaliti kami.



"Alhamdulillah, selepas 24 tahun dalam persada seni, saya banyak belajar agar lebih bertenang dengan situasi, ikut apa kehendak penerbit dan fahami konsep rancangan yang diberi. Paling mustahak sekali, kita tidak abaikan amanah besar sebab kita dibayar bagi laksanakan kerja ini," katanya lagi.



Beliau akur kadangkala tersentuh dengan lembaran kisah yang dibuka mereka yang diwawancara sehingga berdetik dalam hatinya, "Ya Allah...mereka melalui kehidupan yang susah. Apa daya usaha aku yang hanya mampu berdoa?"



Dengan adanya wadah media sosial seperti Instagram, Suzairhe merasakan lebih banyak yang beliau dapat lakukan sebagai bakat tempatan yang dikenali dalam menggalak ramai membantu.



"Setiap kali ada orang susah yang saya temui, saya akan kongsi kisahnya dalam Instagram. Ia membuka ruang buat orang lain yang ingin membantu agar tampil meringankan beban orang lain dengan mengusahakan projek mengumpul dana," katanya.



Jiwanya mudah tersentuh dengan kisah emosi golongan kurang upaya atau kurang berkemampuan.



Lebih daripada itu, beliau dahagakan pengalaman baru yang turut memperluas ufuk mindanya.



Antara yang tidak dilupakan adalah pengalaman mengacara rancangan infopendidikan Inggeris di saluran History Channel, My Mosque serta rancangan sambutan 'bicentennial', Jejak Kita.



"Nak hafal skrip panjang berjela memang satu cabaran besar. Daya ingatan perlu baik...takkan nak bawa kertas A4 penuh dengan skrip pengacara?



"Namun, program sebegini memberi saya pengalaman baru. Saya lebih mengamati solat dhuha dalam suasana Ramadan menerusi rancangan My Mosque.



"Dalam rancangan Jejak Kita, saya perlu panjat pokok kerana ingin menghayati tugas 'doktor pokok' yang mengkaji pepohon menghijau di jalanan.



"Namun, sebagai pengacara atau pelakon yang benar-benar nak rasakan pengalaman baru, kita harus bersedia buat segalanya. Tak pandai berenang, tak tahu pandu kereta...kalau disuruh, buat sahaja asal langkah keselamatan dijaga. Misalnya, ada jaket keselamatan.



"Sewaktu di Malaysia, pernah juga saya diminta memandu di lebuh raya yang sibuk! Itu namanya kerja gila!" tambahnya sambil geli hati.



Setiap pengalaman mengacara itu berharga buat Suzairhe kerana dalam beliau mencari rezeki, dirinya juga mempelajari sesuatu tentang kehidupan.



"Biasalah, dalam kesibukan, kita kadangkala kurang peka tentang banyak perkara termasuk kesihatan atau kemasyarakatan.



"Individu cekal yang ditemui memberi kita semangat baru. Apabila kita terlibat dalam rancangan kesihatan, kita juga ambil tahu tentang perkembangan terkini dunia perubatan yang kita abaikan," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >