BINTANG filem antarabangsa Michelle Yeoh menerima anugerah Legion d'Honneur dari Perancis atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman.
Beliau dianugerahi darjah The Commander of the Legion d'Honneur oleh Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di Kuala Lumpur baru-baru ini.