Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Miley Cyrus nafi khabar angin beliau menipu suaminya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Miley Cyrus nafi khabar angin beliau menipu suaminya

Aug 26, 2019 | 01:07 PM



SAYA BUKAN SEORANG PEMBOHONG: Miley Cyrus (di atas) menyangkal  khabar angin yang menuduhnya menipu suaminya. PHOTO: AFP



BINTANG popular Miley Cyrus menyangkal para pengkritiknya di media sosial pada Khamis (22 Ogos) bahawa beliau menipu suaminya, Liam Hemsworth, seorang pelakon Australia setelah pasangan itu berpisah. 



Bintang pop berusia 26 tahun itu berkata, “Saya terima kenyataan dengan kehidupan saya bahawa saya perlu terbuka dan telus dengan peminat saya, yang saya sayangi serta orang ramai, dengan 100%.”



“Apa yang saya tidak boleh terima adalah saya dituduh berbohong seolah-olah saya menyembunyikan suatu jenayah yang saya tidak lakukan,” Beliau menambah, “saya tidak mempunyai apa pun untuk disembunyikan.”



Beliau kemudian menyenaraikan beberapa butir pengakuan terhadap tingkah-lakunya yang liar seperti dalam video lagu popular, “Wrecking Ball” pada tahun 2013, yang menyebabkan imej beliau menjadi lebih provokatif berbanding dengan wataknya sebagai idola remaja di rancangan Disney, Hannah Montana.



Namun, Miley Cyrus menerangkan bahawa, “ apabila Liam & saya telah berdamai, saya tulus dan sangat komited dengannya dan saya tidak mempunyai sebarang rahsia untuk ditemui di sini.”



"Saya boleh mengakui banyak perkara, tetapi saya enggan mengakui bahawa perkahwinan saya berakhir kerana penipuan, Liam dan saya telah bersama selama sepuluh tahun,” kata beliau, lalu menambah, “Saya telah mengatakannya sebelum ini dan masih jujur pada kenyataan itu bahawa saya akan sentiasa menyayangi Liam. "



"Tetapi pada ketika ini saya perlu membuat keputusan yang sihat untuk diri saya dan untuk meninggalkan kehidupan terdahulu.”



“Saya rasa amat sihat dan bahagia sekarang dan anda boleh menghina saya - mengatakan bahawa saya mengambil dadah, sering memaki dan sebagainya, tetapi saya bukan seorang pembohong. "



Pasangan itu berkahwin pada bulan Disember di sebuah majlis peribadi selepas satu dekad berpacaran.



 Hemsworth pada 12 Ogos lalu mengeluarkan satu kenyataan untuk mengesahkan pemisahan tersebut dengan "mengharapkan yang terbaik bagi kesihatan dan kebahagiaannya.''



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >