Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MKAC raikan Hari Kebangsaan bersama penerima bantuan

Aug 18, 2018 | 05:30 AM



PERSATUAN Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) mengadakan Majlis Peringatan Hari Kebangsaan, kelmarin. Lebih 50 orang menghadiri majlis tersebut.



Antaranya adalah penerima bantuan MKAC, anggota majlis MKAC serta para pemimpin akar umbi.



Untuk memeriahkan majlis tersebut, Menteri Negara Kanan (Undang-Undang dan Kesihatan), Encik Edwin Tong, turut hadir bagi acara yang diadakan di MKAC itu.



Sewaktu berucap di acara tersebut, Encik Tong sempat menasihati para peserta untuk menjaga kesihatan mereka, rajin bersenam, dan mengelak daripada terlebih makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.



Langkah ini dapat mencegah penyakit seperti kencing manis yang merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada kegagalan ginjal.



Encik Tong kemudiannya mengagihkan wang tunai sebanyak $100 dan sebuah beg mengandungi bekalan makanan kering bagi setiap seorang pesakit ginjal yang hadir.



Anggota Parlimen GRC Marine Parade itu turut berkata bahawa pemimpin akar umbi beliau akan bekerjasama dengan rapat bersama MKAC untuk menganjurkan pelbagai program bagi 450 penerima bantuan mereka.



Menurut presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali, beliau menerima kerjasama yang dapat membantu MKAC dengan tangan terbuka.



"MKAC mengalu-alukan kerjasama dengan pemimpin akar umbi Marine Parade bagi usaha kolaborasi seperti kursus latihan yang dapat mempertingkat keupayaan dan penglibatan dalam kegiatan yang dapat memupuk gaya hidup aktif dan sihat," ujar Encik Ameerali.




"MKAC mengalu-alukan kerjasama dengan pemimpin akar umbi Marine Parade bagi usaha kerjasama seperti kursus latihan yang dapat mempertingkat keupayaan dan penglibatan dalam kegiatan yang dapat memupuk gaya hidup aktif dan sihat,"
– Presiden, Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC), Encik Ameerali Abdeali




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >